Sunday, November 24, 2013

Tahi Mangga

Cikgu di hadapan sedang seronok mebebel dan aku masih di alam fantasi .Aku masih menunggu timing yang cun untuk ke toilet .Tapi cikgu yang di depan ni berborak tiada hentinya . Aku menoleh ke arah wajah rakan rakan sekelas aku ternyata ada yang tidur , ada yang melukis , ada yang tongkat dagu dan ada yang  tekun mendengar (ini pelik) .

Aku lihat ada yang sedang mencari ruang ke tandas juga jadi aku tak bole biarkan dia yang pergi dulu .Tepat saja cikgu tu berhenti membebel aku terus menolak kerusi dan meminta izin keluar .Permintaan ku dikabulkan , alangkah bahagia nya dapat melangkah keluar dari kelas yang penuh kebosanan itu.

Sedang Menapak ke tandas rasa nak terkucil ni dah betul-betul hujung .Kalau ada orang ajak borak ni konpem terkeluar cecair ni. Lari demi lari sampai juga ke pintu tandas .Tolak je pintu tu aku tengok ada tahi sebesar Mangga atas mangkuk jamban tu .Tersedut balik der cecair gua ,Baru nak syahdu buang air.

Dalam hati aku " Apelah bagang budak ni pegi bia tahi dia ni kat sini. " Aku memang tak tahan so aku belah dari situ dan biarkan tahi tu supaya yang lain datang boleh tengok artifak tu. 

Aku balik ke kelas dan member aku lagi sorang tu pun minta izin ke tandas .Tak lama lepastu dia balik ke kelas dan singgah ke meja aku " Kau ada tinggalkan tahi ke tadi ? " Muka gua control gelak " Eh , tu bukan tahi aku , tak layak aku nk keluar kan tahi sebesar tu. 

Lebih kurang dalam beberapa hari .

Aku menuju ke toilet yang sama dan membuka pintu yang sama dan paling PENTING!! Tahi yang sama . Aku tak tahu ini kes pakcik cleaner tu tak tahan nak flush atau dia owner tahi yang haritu tinggalkan lagi tahi dia macamtu.

*TolongFlush*

No comments:

Post a Comment