Sunday, November 24, 2013

Traffic Light

Jam 3.00am waktu orang sedang nyenyak tidur .Aku pula sibuk dengan bermain game Ps3 .Bila asyik menang je main game aku rasa bosan .Jadi aku nak hiburkan diriku aku , aku start enjin WaveBlack aku dan Prenggg!!~ 

On Mai Way to Seben E-11 (7eleven) aku memikirkan apa yang hendak dibeli untuk mengunyah-nguyah di rumah nanti , bukan apa aku tak suka lama-lama kat 7e tu , Nanti dia ingt aku nak curi jajan dia.

Seronok pulas minyak tiba tiba trafik light merah pulak .Walaupun malam undang-undang jalan raya kena ikut , Kang aku langgar lampu merah tu tiba-tiba terkeluar lori laju dari alam lain (macam cerita Thor) langgar aku habis.

So aku tunggu lah green light menyala sambil-sambil tu aku usha side mirror setup rambut sikit , mana tahu yang jaga 7e tu awek cun , bole usha .Dah puas aku betulkan rambut aku tengok trafik tu , " eh tanak hijau kau ye , ke aku yang terlepas lampu hijau tadi. " Aku tenung trafik tu , trafik tu tenung aku balik . 

Jalan yang legang dan tiada kereta membuat kan pokok dan trafik tu seolah-olah bercakap dengan aku .Yang pokok ni kata jalan jelah apa kau nk tunggu dan yang trafik ni suruh aku tunggu lampu ijo .

Tak lama lepas aku tengok pokok dan trafik tu bertekak pasal aku lampu pun hijau , Tapi apa malang yang menimpa aku tiba-tiba WaveBlack tu bole mati time aku nak jalan . Start demi start hidup juga WaveBlack aku ni . Mendongak kepala aku ke lampu trafik " Whataaa"F" , kau merah balik ." 
Jadi dengan gahnya aku langgar je lampu merah tu dan bila aku toleh kebelakang balik lampu tu tukar green light.

Adakah skuriti yang jaga lampu tu main2kan aku atau aku yang di alam maya.

No comments:

Post a Comment