Friday, December 13, 2013

HP

''Bro bro , Kau ada blog kan'' Eh tekejut aku tiba tiba ada orang tanya aku macam tu , dah la tak bagi salam. " Ajar aku buat blog bole ? " muka seposen. " Ouh boleh" Aku tanya kenapa dia nk buat blog , katanya nak luah perasaan. Ini mesti kes baru putus cinta la ni. Biasalah aku pun pernah lalui, putus cinta lepastu tulis kat blog. Bila aku baca balik rasa macam nak hempas je computer ni ayat jiwang habis. Tapi sekarang aku dah matured. Cintan-Cintun ni tak ada dalam kamus hidup aku. Hati aku dah kering sbb Aku akan mencintai seorang wanita yang benar-benar aku sayang. Hah!! Tengok dah termasuk jiwangnya. 

Sehari suntuk aku ajar dia ni buat blog tapi macam TUT** . Sebab Otak dia ni tak boleh support pasal IT ni. Tapi aku basuh dia, Aku tenyeh dia, Aku gelek-gelek dia, Akhirnya dia faham juga. Selesai buat blog , Tak sampai subuh der , Dah 10 post dia publish itu malam. Aku pun nak tengokLah apa hasil dia dengan apa yang aku ajar. Blog dia kemain blink blink dah macam kat alam mana je. Lepastu letak lagu mendayu habis. Tulisan dia tak dapat nk aku baca sangat sebab background dia macam sampah. Ok jahat juga aku ni. Kalau dah lagu jiwang jagan tanya lah ayat dia macam mana. Aku nk baca pun tak tahu nk nangis atau nak gelak. Tapi perasaan orang kan apa boleh buat hati tengah lebur maa. 

Dah berapa hari macam tu, Dia Wassap aku. " Weh tolong desingKan blog aku comel-comel " Dia mintak tolong time aku tengah sibuk , So tak dapek den nak tolong. Aku pun suruh lah dia buat sendiri. Sambil-sambil dia buat dia Wassap aku apa yang dia tak faham. Tiba-Tiba , Dia kata " Fedup sial buat desing blog ni " Aku tanya dia buat pakai apa, Dia kata pakai HP. Patutlah dia susah nak buat sebab pakai HP. Aku pun suggest la dia buat pakai Lappy. Dia kata " aku buat pakai Lappy lani " Muka aku merah macam dalam emotion dekat chat-chat korang tu. Aku cakap ngan dia " Tadi kata pakai HP, ttbe lappy Pulak, Cakap macam KEL lah " Dia kata " Yelah , aku pakai HP lani, Kan Lappy aku Jenama HP. " 

Wah, HP , Okay HP :)

No comments:

Post a Comment