Saturday, December 14, 2013

Soalan

Di pagi yang membosankan , aku dikejutkan untuk ke sekolah. Ngauman singa menandakan kemalasan untuk bangun. Selimut seakan-akan menarik aku untuk sambung tidur dan bantal ibarat tidak mahu melepaskan kepala aku dari gengamanya. Semua peralatan tidur aku macam sedang berkata " Tidurlah lagi , Takpayah pergi sekolah " Tapi aku cuba lawan hasutan yang sialan ini. Akhirnya satu masalah aku dah selesai.

Sekarang masalah aku dengan tandas. Aku ada water Heater tapi masalahnya air yang mencurah tu aku malas betul nak bertarung. Degan berus gigi , pencuci muka , shampoo dan sabun. Tapi dengan power dan badan aku yang kebal aku lawan semua hingga ke akhir nafas. Macam nak pergi perang betul-betul pulak.

Selesai dengan tandas. Masalah dengan baju pulak, patutnya malam semalam aku dah gosok tapi malaskan So aku gosok la pagi ni. Kalau bangun lambat memang tak gosok la jawabnya. Dah siap semua, dah handsome, jadual buku pun dah. Jadi aku pegang stokin dengan kasut bersandar dekat pintu sambil tunggu yang lain bersiap untuk hantar aku pergi sekolah. Sementara tu aku tidur kejap.

On my Way to School aku tidur lagi. Sampai sekolah macam biasalah cium tangan parents pegi dataran , beratur dan dengar bebelan yang bosan lepastu naik ke kelas masing-masing. Seronok tak kalau dapat tahu cikgu yang ajar korang tak datang. Kebetulan cikgu yang patut masuk kelas aku tak datang. Ini peluang untuk aku tidur. Tapi cikgu ganti yang masuk, dia baru. Boleh katakan totally budak kelas aku semua suka dekat dia kecuali aku. Sebab bagi aku biasa je. Bukan nak cakap aku gay tapi dah memang bukan citarasa aku. Amboi!

Cikgu tu perkenalkan diri dia apa semua lepas tu dia nak test la kitaorang ni dengan beberapa soalan. Cikgu ni ajar sains , " Baiklah , Cikgu nak tanya kamu beberapa soalan tentang sains " Aku dengan pantas angkat tangan dan bercakap " Sebelum cikgu soal saya ada soalan cikgu " cikgu tu toleh ke arah aku " Apa yang kamu nak soal " Muka sempoi aku , aku tanya " Soalan apa yang cikgu nak tanya? " Cikgu tu maintain muka tahan begang.

#Let it Go 


No comments:

Post a Comment