Monday, April 7, 2014

Anjing Celaka

Malam yang indah lagikan Stim! Aku menggapai kunci rumah lalu menjolok batang kunci ke lobang mangga. Perlahan-lahan aku menarik selak pagar kerana tidak mahu bunyi bising kedengaran. Aku mulakan langkah untuk ke taman dengan niat untuk pekena Rokok sebatang bak kata orang " Lek Lu Sap Kok Lu " . Langkah demi langkah mata aku terus memerhatikan port baik untuk berasap. " eh, cantiklah ni nak berasap ". Tangan aku mula meraba-raba dalam lobang kocek mencari kotak rokok. Sebatang rokok aku keluarkan, lighter dinyalakan dan mulut aku mula memelat batang rokok itu lalu terkeluar asap asmara dari mulut. Itulah rumus bagi smoker-smoker tegar.

Sedut demi sedut kenikmatan mula terasa. Tangan aku seperti ingin mengeluarkan sebatang lagi rokok tapi hati menolak. Tangan kata amik hati kata jangan. Hati dan tangan mula bergaduh pasal sebatang rokok. Tangan ajak berdebat dengan hati tapi hati berlagak kerana katanya dia pasti menang sebab " Orang pasti akan ikut kata hati ". Tapi sekarang ni Otak lah penentu segalanya. Akhirnya dalam pedebatan hati dan tangan, tangan menang sebab aku memang nk melayan lagi sebatang rokok. Aku guna rumus yang sama untuk menyalakan sebatang rokok. Sedut je asap keluar, asap keluar je aku sedut. Perkara tu aku ulang dan ulang sampai sebatang rokok itu habis.

Dah settle berasap aku ingat nak layan angin malam. Aku pun tengok langit, aku cari bulan tapi tak ada. Aku cari la bintang pulak pun tak ada. Dah penat aku selak selak awan cari bintang tapi tak ada. Tiba-tiba aku terasa kaki aku seperti kebasahan. Tapi bukan calang-calang basah, Basah dan hangat. Aku toleh atas, bawah, kiri dan kanan. Rupa-rupanya hadirmu cuma bersandiwara. Ceh!, takdelah ada anjing buang air tapi tempias nya dekat kaki aku. Dah la tak comel! Hitam! Samak! Samak! Samak!

( Sejak dari cerita ni, Hati dan Tangan tidak lagi bersahabat ) wakakakakaka.
Moral story apa ?! Jangan kecing sepah sepah cilaka.

No comments:

Post a Comment