Saturday, August 30, 2014

Gadis Pengkid.

Aku ajib. Anak kelahiran Melaka.  Umur aku? Masih muda. Dalam life aku just ada Family , Kengkawan and kereta kesayangan aku (Honda Ek). Tiap-tiap hari yang berlalu tak pernah terlintas dalam kepala hotak aku ni nak cari teman hidup. By the way , aku ni lelaki tulin. (Lupa nak bagitahu). Aku tersedar pasal benda ni bila ada member aku tanya " Bro, Bila nak khawin " tapi ape yang aku jawab " Adelah Jodoh nanti " . Tapi celah mana jodoh nak datang kalau tidak dicari. Celah kelengkang? Celah gigi or Samsul yusof mencelah ?

Nak dipendekan cerita, aku pun pasak otak aku untuk cari teman hidup dengan harapan terus bawak khawin. Di pendek kan lagi ceritanya, Aku ni bercinta dengan Gadis yang dulunya pengkid. *FlashBack* Aku ingat lagi masa tu dengan muka megah bawak kereta aku tu bunyi vroom vroomm!! Part tak bole belah bila parking then keluar dari kereta muka control habis. Ada satu hari tu aku lepak la Mcd dengan kengkawan aku. Borak punya borak ade sorang awek ni jalan ngan pengkid duduk berhampiran table aku. Memembe aku ni sibuk dok usha awek tu tapi aku pulak sibuk perati yang pengkid tu. Tak tahu lah kenapa nafsu aku ni.

Tengah yang si pengkid ni pergi toilet , aku datang dekat minah tu. Aku pandang minah tu, minah tu bajet macam aku nak ngorat dia tapi aku nak tanya pasal pengkid tu. " Ermm tu membe eh? " dijawabnnya " eh boy i okay ".  Time tu perut aku kembang kecut tahan ketawa rasa nak menyembur je air coke tu dekat muka dia. Tak lama lepastu, datang si pengkid tu dengan gaya belagak macem lelaki. " Apehal ni usha awek gua " aku pun " Eh tkdelah beb saje nak berkenalan ". Muka pengkid tu paisey habis tapi dalam paisey tu timbul rase cinta bila aku tenung muka dia (nasib tak stim). So bila aku nak dapatkan no tipon si pengkid aku kenalah cabar dia sikit, Sebab pengkid pantang dicabo ye. Nak tunjuk hebat depan aweks. " Kalau lelaki sangat bak no tipon kau, bole kite jadi memembe " tanak cite panjang last-last dia bagi.

Start dari haritu aku selalu contact dia. Nak dipendek yang paling pendek punya cerita, Aku pun dah mula hangout dengan dia. Masa first time keluar dengan dia, Aku ingat nak tunjuk terer mencilok dekat jalan. Ye memang aku power sampai menjerit-jerit pengkid ni. Tapi apekandaya aku tak perasan minyak sudah kong. Itu buat aku bengang bila si pengkid ni ketawa menyembur-nyembur. " Tula bawak lelaju lagi! Haa kan dah mati. Ni pe cer " aku muka paisey jawab " Suka apa?! tolong tolak aarr kata laki ".

Hari demi hari telah ku lalui. Penjam celik pejam celik kitaorang semakin rapat. Aku dah plan satu haritu nak confess perasaan aku dekat dia. *Hari yang dinanti telah tiba. Fulamak, aku bawak pengkid pergi candle lightdinno. " Perghh lu demam apa mat bawak aku makan kat sini ". Okelah, dah siap makan tu aku nak luahkan tapi aku punya hati dup dap dup dap seperti genderang mau  perang. Rasa nak kencing, berak, semua ada. Nafas aku laju macam lari 800m non-stop. Aku pun pergi kecing dulu  before aku mengaku aku suka dia(bole lama pulak air pancut ni). Tengah onDawey datang table aku dapat text " Wey aku tunggu kau dekat kereta. Bil aku dah bayo, tak selesa duduk dalam tu lame-lame ".

Tengah dekat luar kereta tu aku pun luahkan beb. Sumpah rasa nak kencing lagi dekat situ. " Wey, aku rasa aku cam suka kau la. " pengkid tu macam biasa dengan ketawa menyembur cakap " kau ni demam ke sawan hahahahahahah!! ". Tapi aku tahu dalam pengkid dia masih ada keperempuanan. Aku tahu dia sayang aku. *Aku pun anto dia balik*

Lepas anto dia, aku pun balik la rumah aku. Sampai rumah aku mandi pe semua tetibe aku dapat text " Eh, kau serious ke pasal tadi ? :') ". Oke yang part ni la kami mula bercinta aaaacehceh. Tak lama kendian dia berubah perlahan-lahan jadi perempuan balik (nasib baik dia tak pergi siam pasang anu). And soon kitaorang akan khawin dan yang konon konon dulu girlfriend si pengkid tu masih tak berubah still couple dengan kaum sejenis.

Typing..
:Am: