Saturday, November 8, 2014

Ubat

Pagi yang indah disertakan bunyi ayam berkokok. Tapi ayam dalam cell phone je. Aku mula kan pagi aku dengan rumus harian aku. Bukak baju , amik towel then pergi toilet. Tengok cermin tengok body, dalam hati berkata " Guy nya aku " . Dah puas buat gaya gaya orang body builder aku pun bukak shower. Air shower aku tak boleh adjust panas ke sejuk. Dia keluar panas je. Panas kaw kaw kapalapi , So aku kena adjust sendiri dengan campur air sejuk.

Siap aku mandi, Pakai baju dan pakai wangi-wangian aku pun ke dapur ingin menyantap sarapan. Org bujang belum ada orang rumah, So sarap sendiri bikin. Aku bukak radio bagi merileks kan lagi pagi aku ni. Aku ambik roti yang expired nya baru semalam , aku sapu dengan nuttela mengikut irama lagu yang mendayu. Selesai dua keping roti aku sapu nuttela aku santap dengan rakus macam raksasa kelaparan daging manusia. Tiba-tiba cell phone aku berbunyi " tuttt tuttt " aku menghampiri handfone aku " aduh! dah lmbt pergi kerja boss dh telefon!! " lagu yang mendayu tadi terus menjadi rentak lagu rock! aku tk sempat nk pekena kopi jadi aku amik je nescafe 3in1 aku tuang skit dlm mulut aku tuang air kumuh2 telan. Mulut aku rasa melekit jadi aku kumuh-kumuh lepastu bila ludah dekat singki keluar macam darah tapi aku anggap tu effect nuttela dengan nescafe tadi.

Aku ke tempat kerja , muka boss aku macam orang gila yang nk kena penumbuk. Aku menghampiri boss " Awak lambat lagi, lagi sekali macam ni sy pecat awak. " aku dah bosan dengan ayat dia , sama je. cuba ubah skit cakaplah " awak lmbt lagi , lagi sekli mcm ni sy naikkan gaji awak. " kan bagus kalau macam tu. Aku pun buat jelah kerja kerja aku yang bertimbun tu. Tamat waktu pekerjaan aku terus bergegas nak balik ke rumah. Aku ni ade tabiat suka meludah. Jadi aku pun ludah jelah sesuka hati , bila aku ludah keluar lagi darah tu. Aku pun malas nk ambik port sebab nak balik tengok drama petang-petang.

Aku ulangi hari-hari aku dengan perkara yang sama. Bosan sungguh. Awek dahlah tak ade. Adelah satu malam ni waktu aku layan asap rokok dekat luar rumah aku perasan lagi air liur yang aku ludah ni warne dia macam darah2. Aku tak sedap hati pulak tiba tiba. Aku pasak dalam kepala esok nk pergi klinik check aku ni sihat ke tak. mana tahu ada sakit ke.

Esok nya aku bersiap nak ke klinik. Aku pun memandu ke klinik , dalam perjalanan ke klinik otak aku terfikir macam-macam . "Kenapa air liur aku mcmtu? " Soalan tu sering bermain dalam ale otak aku. Sedar tak sedar dah sampai rupanya klinik. Klinik Indah nur kasih , peh aku baca nama klinik dia memang ada nur. Jadi aku pun buat appointment dan tunggu giliran aku. aku goyang kaki goyang kepala tengok majalah lepastu nama aku dipanggil.

Aku langkah kanan ke dalam tanak ada bala. Doktor pun tanya " apa sakit awk? " aku pun  " air liur saya mcam berdarah lah doktor ". Doktor pun suruh aku bukak mulut. Dia amik yang macam batang aiskrim padelpop tu nak masuk dalam mulut aku. Tak sampai 10 saat dia kata " ok! nanti amik ubat kat depan ". Aku tidak terkata-kata. Apa yang sedang berlaku?!. Nama aku dipanggil kali ni untuk ambil ubat. Sampai ke kaunter ubat " Oke, encik ni ubat ni jangan telan. Guna sekurang-kurangnya dua kali sehari tapi saya saran kan encik guna 3 kali lepastu ubat ni untuk pagi dan sebelum tidur ye" . Aku pun capai dan ingin melangkah balik tapi aku paling semula dan bertanya " ni sebelum ke selepas makan ye? " dia pun menjawab " se elok eloknya lepas makan lah ".
Sampai rumah aku tengok ubat yang dia tak bagi telan ni. " Eh , ni ubat gigi. Colgate pulak. kenapa bagi aku ubat colgate! " aku dengan blur dan tidak memahami apa apa ter perasan sekeping nota yang bertulis " Encik ni handsome gosok lah gigi ye. Air liur encik warne mcm darah sebab tak gosok gigi dah lama " Aku pun tersipu sipu malu dan tetiba rasa bengang dengan nurse dan doktor tadi. shame!

Moral : Gosok Gigi

No comments:

Post a Comment