Tuesday, December 16, 2014

KTM (Kereta api Tanah Melayu)

-Pembaca dinasihatkan supaya tidak membaca entry ni sebab sangat mengerikan dan menakutkan. Tak digalakkan baca pada waktu malam dan bersendirian. Bawa teman dan rakan. Under 18 not allowed.

Pagi yang sejuk lagi mengigit tulang. Badan keras kejung ,  selimut aku tarik bagi menghangatkan tubuh. Alat kelamin mula mencanak sebelum tuannya bangun. Hidung gua terbau2 nasi goreng yang digoreng di dapur. Perut aku mainkan lagu tapi vibrate saja yang rasa muziknya aku silentkan. Aku dahulukan makan kemudian berhajat untuk sambung projek aku yang tak ternilai harganya iaitu tidur. Orang kata masa itu emas , jadi aku guna emas itu bawak tidur.

Kenyang perut telan nasi goreng yang bole tahan pedas, aku ikut plan yang dirancang tp apakan daya tiba tiba seorang perempuan berkata " Hari ni balik Jb kan? siap lah. Nanti naik ktm ". Nampaknya , hasrat aku bertebangan seperti angin ribut yang tk sepat kurasa manisnya. Aku akhiri persiapan aku dengan memakai mnyk wangi dan mulakan perjalan langkah kanan diikuti bismillah. Aku ikut nasihat dan tunjuk ajar yang diberi. Setiap langkah aku ingat satu demi persatu step untuk menaiki ktm dan turun di Tbs kemudian beli tiket bla..bla..bla..bla.

"Bang, sy nk ke Bndo tsek slatan". Tanpa senyum dan ramah mesra dr dia, aku tanya lagi " emm, situ yang ada terimnal bus kan? ". abang kounter tu jawab " Ye situ ada bas ". Aku ambil tiket dan belah dari situ sebab malas nak layan brader muka benyai pepagi buta ni. Aku pepagi ni positive sbb nak menuju puncak jaya. Aku pun mula nervous, sbb 1st time naik ktm.

Tak lama kemudian satu train pun sampai. Aku naik dan nmpk ad sebuah kerusi, aku duduk tanpa rasa segan dan malu. Tgh train tu mengelongsor di atas gelongsornya, ttbe aq termenung jauh. Mata aku seprti menembusi semua yang ada di muka bumi ini untuk melihat org yg dirindui. Tapi sebenarnya hanya bayangan minda aku je. Tatkala sedang ku merenung , titisan air mata aku jatuh ke bumi turut mengikut rentak hujan yang renyai. Seorang perempuan sebelah aku menegur " kenapa sedih dik? ". Aku cover macho, lalu jawab aku " takde apelah kak. Mengguap besa sangat ". Kakk itu tersenyum sipu dan berkata lagi " oh yeke dik. Adik 1st ke naik train? " Soalan dihulur oleh kakk tu dan soalan nya membuat aku tertanya mcam mana dia tahu aku 1st time. Aku pun menjawab ringkas " ye kak ". Akk tu masih mahu berkata-kata lagi dengan aku. Tapi kali ni kata-kata betul2 buat aku tahu kenapa dia boleh tahu yang aku ni 1st time. " adik ini koc untuk perempuan je tau. kalau laki koc lain. "

Aku bersopan dengan perlahan-lahan keluar dr tmpt duduk tu dan memerhati sekliling takut-takut ada yang nampak aku kat situ. Tapi masalahnya semua perempuan dalam tu tgh tngok aku. Bengang dia tuhan yang tahu. Station seterusnya dah pun tiba, tengah aku tunggu pintu train dibuka aku terbaca " koc ini untuk perempuan sahaja ". Gua tak fikir panjang, bukak je pintu gua lari macam ussain bolt kena kejar player yang lain. Aku masuk koc yang lain sbb station aku jauh lg. Novel aku buka dan baca seperti tiada apa yang berlaku.

-Tamat-