Tuesday, December 16, 2014

KTM (Kereta api Tanah Melayu)

-Pembaca dinasihatkan supaya tidak membaca entry ni sebab sangat mengerikan dan menakutkan. Tak digalakkan baca pada waktu malam dan bersendirian. Bawa teman dan rakan. Under 18 not allowed.

Pagi yang sejuk lagi mengigit tulang. Badan keras kejung ,  selimut aku tarik bagi menghangatkan tubuh. Alat kelamin mula mencanak sebelum tuannya bangun. Hidung gua terbau2 nasi goreng yang digoreng di dapur. Perut aku mainkan lagu tapi vibrate saja yang rasa muziknya aku silentkan. Aku dahulukan makan kemudian berhajat untuk sambung projek aku yang tak ternilai harganya iaitu tidur. Orang kata masa itu emas , jadi aku guna emas itu bawak tidur.

Kenyang perut telan nasi goreng yang bole tahan pedas, aku ikut plan yang dirancang tp apakan daya tiba tiba seorang perempuan berkata " Hari ni balik Jb kan? siap lah. Nanti naik ktm ". Nampaknya , hasrat aku bertebangan seperti angin ribut yang tk sepat kurasa manisnya. Aku akhiri persiapan aku dengan memakai mnyk wangi dan mulakan perjalan langkah kanan diikuti bismillah. Aku ikut nasihat dan tunjuk ajar yang diberi. Setiap langkah aku ingat satu demi persatu step untuk menaiki ktm dan turun di Tbs kemudian beli tiket bla..bla..bla..bla.

"Bang, sy nk ke Bndo tsek slatan". Tanpa senyum dan ramah mesra dr dia, aku tanya lagi " emm, situ yang ada terimnal bus kan? ". abang kounter tu jawab " Ye situ ada bas ". Aku ambil tiket dan belah dari situ sebab malas nak layan brader muka benyai pepagi buta ni. Aku pepagi ni positive sbb nak menuju puncak jaya. Aku pun mula nervous, sbb 1st time naik ktm.

Tak lama kemudian satu train pun sampai. Aku naik dan nmpk ad sebuah kerusi, aku duduk tanpa rasa segan dan malu. Tgh train tu mengelongsor di atas gelongsornya, ttbe aq termenung jauh. Mata aku seprti menembusi semua yang ada di muka bumi ini untuk melihat org yg dirindui. Tapi sebenarnya hanya bayangan minda aku je. Tatkala sedang ku merenung , titisan air mata aku jatuh ke bumi turut mengikut rentak hujan yang renyai. Seorang perempuan sebelah aku menegur " kenapa sedih dik? ". Aku cover macho, lalu jawab aku " takde apelah kak. Mengguap besa sangat ". Kakk itu tersenyum sipu dan berkata lagi " oh yeke dik. Adik 1st ke naik train? " Soalan dihulur oleh kakk tu dan soalan nya membuat aku tertanya mcam mana dia tahu aku 1st time. Aku pun menjawab ringkas " ye kak ". Akk tu masih mahu berkata-kata lagi dengan aku. Tapi kali ni kata-kata betul2 buat aku tahu kenapa dia boleh tahu yang aku ni 1st time. " adik ini koc untuk perempuan je tau. kalau laki koc lain. "

Aku bersopan dengan perlahan-lahan keluar dr tmpt duduk tu dan memerhati sekliling takut-takut ada yang nampak aku kat situ. Tapi masalahnya semua perempuan dalam tu tgh tngok aku. Bengang dia tuhan yang tahu. Station seterusnya dah pun tiba, tengah aku tunggu pintu train dibuka aku terbaca " koc ini untuk perempuan sahaja ". Gua tak fikir panjang, bukak je pintu gua lari macam ussain bolt kena kejar player yang lain. Aku masuk koc yang lain sbb station aku jauh lg. Novel aku buka dan baca seperti tiada apa yang berlaku.

-Tamat-

Saturday, November 8, 2014

Ubat

Pagi yang indah disertakan bunyi ayam berkokok. Tapi ayam dalam cell phone je. Aku mula kan pagi aku dengan rumus harian aku. Bukak baju , amik towel then pergi toilet. Tengok cermin tengok body, dalam hati berkata " Guy nya aku " . Dah puas buat gaya gaya orang body builder aku pun bukak shower. Air shower aku tak boleh adjust panas ke sejuk. Dia keluar panas je. Panas kaw kaw kapalapi , So aku kena adjust sendiri dengan campur air sejuk.

Siap aku mandi, Pakai baju dan pakai wangi-wangian aku pun ke dapur ingin menyantap sarapan. Org bujang belum ada orang rumah, So sarap sendiri bikin. Aku bukak radio bagi merileks kan lagi pagi aku ni. Aku ambik roti yang expired nya baru semalam , aku sapu dengan nuttela mengikut irama lagu yang mendayu. Selesai dua keping roti aku sapu nuttela aku santap dengan rakus macam raksasa kelaparan daging manusia. Tiba-tiba cell phone aku berbunyi " tuttt tuttt " aku menghampiri handfone aku " aduh! dah lmbt pergi kerja boss dh telefon!! " lagu yang mendayu tadi terus menjadi rentak lagu rock! aku tk sempat nk pekena kopi jadi aku amik je nescafe 3in1 aku tuang skit dlm mulut aku tuang air kumuh2 telan. Mulut aku rasa melekit jadi aku kumuh-kumuh lepastu bila ludah dekat singki keluar macam darah tapi aku anggap tu effect nuttela dengan nescafe tadi.

Aku ke tempat kerja , muka boss aku macam orang gila yang nk kena penumbuk. Aku menghampiri boss " Awak lambat lagi, lagi sekali macam ni sy pecat awak. " aku dah bosan dengan ayat dia , sama je. cuba ubah skit cakaplah " awak lmbt lagi , lagi sekli mcm ni sy naikkan gaji awak. " kan bagus kalau macam tu. Aku pun buat jelah kerja kerja aku yang bertimbun tu. Tamat waktu pekerjaan aku terus bergegas nak balik ke rumah. Aku ni ade tabiat suka meludah. Jadi aku pun ludah jelah sesuka hati , bila aku ludah keluar lagi darah tu. Aku pun malas nk ambik port sebab nak balik tengok drama petang-petang.

Aku ulangi hari-hari aku dengan perkara yang sama. Bosan sungguh. Awek dahlah tak ade. Adelah satu malam ni waktu aku layan asap rokok dekat luar rumah aku perasan lagi air liur yang aku ludah ni warne dia macam darah2. Aku tak sedap hati pulak tiba tiba. Aku pasak dalam kepala esok nk pergi klinik check aku ni sihat ke tak. mana tahu ada sakit ke.

Esok nya aku bersiap nak ke klinik. Aku pun memandu ke klinik , dalam perjalanan ke klinik otak aku terfikir macam-macam . "Kenapa air liur aku mcmtu? " Soalan tu sering bermain dalam ale otak aku. Sedar tak sedar dah sampai rupanya klinik. Klinik Indah nur kasih , peh aku baca nama klinik dia memang ada nur. Jadi aku pun buat appointment dan tunggu giliran aku. aku goyang kaki goyang kepala tengok majalah lepastu nama aku dipanggil.

Aku langkah kanan ke dalam tanak ada bala. Doktor pun tanya " apa sakit awk? " aku pun  " air liur saya mcam berdarah lah doktor ". Doktor pun suruh aku bukak mulut. Dia amik yang macam batang aiskrim padelpop tu nak masuk dalam mulut aku. Tak sampai 10 saat dia kata " ok! nanti amik ubat kat depan ". Aku tidak terkata-kata. Apa yang sedang berlaku?!. Nama aku dipanggil kali ni untuk ambil ubat. Sampai ke kaunter ubat " Oke, encik ni ubat ni jangan telan. Guna sekurang-kurangnya dua kali sehari tapi saya saran kan encik guna 3 kali lepastu ubat ni untuk pagi dan sebelum tidur ye" . Aku pun capai dan ingin melangkah balik tapi aku paling semula dan bertanya " ni sebelum ke selepas makan ye? " dia pun menjawab " se elok eloknya lepas makan lah ".
Sampai rumah aku tengok ubat yang dia tak bagi telan ni. " Eh , ni ubat gigi. Colgate pulak. kenapa bagi aku ubat colgate! " aku dengan blur dan tidak memahami apa apa ter perasan sekeping nota yang bertulis " Encik ni handsome gosok lah gigi ye. Air liur encik warne mcm darah sebab tak gosok gigi dah lama " Aku pun tersipu sipu malu dan tetiba rasa bengang dengan nurse dan doktor tadi. shame!

Moral : Gosok Gigi

Saturday, November 1, 2014

A to Z

Hidup kita ni berputar macam roda. Bukan roda impian, Tapi roda kehidupan. Ada masa kita kat bawah , ada masa kita kat atas. Bila kita senang ramai yang di sekeliling kita tapi bila kita jatuh ade berapa je yang masih dengan kita. Itu lah sahabat yang setia. Mak aku kata cr kawan yang bole senang sama sama susah sama sama tapi dunia IT zaman sekarang ni mana nak cari orang macam tu bro? mana ? mana ? . Sekarang ni semua nya hujung jari. Jari berirama menaip itu ini tapi hati belum tentu mempunyai niat.

Sebagai seorang insan di muka bumi yang maha Esa ni, aku mempunyai impian dan harapan. Alhamdulillah, pada awal awal zaman kegemilangan aku, aku berusaha mencapai impian aku. Tapi sebab zaman IT ni lah aku benci dengan diri sendiri!. Laman sosial merosakan segala impian dah harapan aku. Straight to de point, aku ketepikan impian aku sebab seorang perempuan. Bodoh! bodoh sbb syg perempuan yang nak gunakan aku. Lagi bodoh bila sebenarnya ada perempuan yang lebih syg aku dan sanggup tunggu aku. Bukan nk kata hot tp ini kenyataan.

Aku bersyukur dengan doa dr yang tersayang ibu bapa dan adik beradik aku. Aku tinggalkan kebodohan aku. Aku nak berubah! berubah untuk kebaikkan. Kalau semua ni tk pernah terjadi sekarang ni aku dah A sampai N. Tinggal sisa sisa je nak sampaikan Z. Tapi , sbb IT sbb lama sosial pukimak ni aku terpaksa merangkak dr A semula.

Dah berapa malam tak tidur mengenangkan nasib diri. Rasa bodoh! Pernah terlintas dalam hati kenapa aku tak mati saje, tp aku fikir tuhan bg aku bernafas sbb untuk aku perbaiki  kesilapan aku dan kembali ke jalan yang benar. Bangun dari bawah untuk dpt tempat teratas. A to de Z .

Sunday, October 26, 2014

Modenas Kriss Mr1

Motor dan aku ibarat pakwe dan makwe.
Takde motor tak hidup lah aku dan takde aku tak hiduplah motor tu. Motor ni aku tahu cc kecik tapi ape adehal? Benda bole setup bro, Modif skit-skit. Hampir setiap hari mandi dengan dia ni. Hihi.
Otai-otai yang power main motor kriss ni tolong kongsi resepi sikit! :)
#IsapSikittt #StandardTapiPower #KrissModified #BaringDiJalanTerbangDiHighway #Modenas #Kriss #Lego #Fly

Saturday, August 30, 2014

Gadis Pengkid.

Aku ajib. Anak kelahiran Melaka.  Umur aku? Masih muda. Dalam life aku just ada Family , Kengkawan and kereta kesayangan aku (Honda Ek). Tiap-tiap hari yang berlalu tak pernah terlintas dalam kepala hotak aku ni nak cari teman hidup. By the way , aku ni lelaki tulin. (Lupa nak bagitahu). Aku tersedar pasal benda ni bila ada member aku tanya " Bro, Bila nak khawin " tapi ape yang aku jawab " Adelah Jodoh nanti " . Tapi celah mana jodoh nak datang kalau tidak dicari. Celah kelengkang? Celah gigi or Samsul yusof mencelah ?

Nak dipendekan cerita, aku pun pasak otak aku untuk cari teman hidup dengan harapan terus bawak khawin. Di pendek kan lagi ceritanya, Aku ni bercinta dengan Gadis yang dulunya pengkid. *FlashBack* Aku ingat lagi masa tu dengan muka megah bawak kereta aku tu bunyi vroom vroomm!! Part tak bole belah bila parking then keluar dari kereta muka control habis. Ada satu hari tu aku lepak la Mcd dengan kengkawan aku. Borak punya borak ade sorang awek ni jalan ngan pengkid duduk berhampiran table aku. Memembe aku ni sibuk dok usha awek tu tapi aku pulak sibuk perati yang pengkid tu. Tak tahu lah kenapa nafsu aku ni.

Tengah yang si pengkid ni pergi toilet , aku datang dekat minah tu. Aku pandang minah tu, minah tu bajet macam aku nak ngorat dia tapi aku nak tanya pasal pengkid tu. " Ermm tu membe eh? " dijawabnnya " eh boy i okay ".  Time tu perut aku kembang kecut tahan ketawa rasa nak menyembur je air coke tu dekat muka dia. Tak lama lepastu, datang si pengkid tu dengan gaya belagak macem lelaki. " Apehal ni usha awek gua " aku pun " Eh tkdelah beb saje nak berkenalan ". Muka pengkid tu paisey habis tapi dalam paisey tu timbul rase cinta bila aku tenung muka dia (nasib tak stim). So bila aku nak dapatkan no tipon si pengkid aku kenalah cabar dia sikit, Sebab pengkid pantang dicabo ye. Nak tunjuk hebat depan aweks. " Kalau lelaki sangat bak no tipon kau, bole kite jadi memembe " tanak cite panjang last-last dia bagi.

Start dari haritu aku selalu contact dia. Nak dipendek yang paling pendek punya cerita, Aku pun dah mula hangout dengan dia. Masa first time keluar dengan dia, Aku ingat nak tunjuk terer mencilok dekat jalan. Ye memang aku power sampai menjerit-jerit pengkid ni. Tapi apekandaya aku tak perasan minyak sudah kong. Itu buat aku bengang bila si pengkid ni ketawa menyembur-nyembur. " Tula bawak lelaju lagi! Haa kan dah mati. Ni pe cer " aku muka paisey jawab " Suka apa?! tolong tolak aarr kata laki ".

Hari demi hari telah ku lalui. Penjam celik pejam celik kitaorang semakin rapat. Aku dah plan satu haritu nak confess perasaan aku dekat dia. *Hari yang dinanti telah tiba. Fulamak, aku bawak pengkid pergi candle lightdinno. " Perghh lu demam apa mat bawak aku makan kat sini ". Okelah, dah siap makan tu aku nak luahkan tapi aku punya hati dup dap dup dap seperti genderang mau  perang. Rasa nak kencing, berak, semua ada. Nafas aku laju macam lari 800m non-stop. Aku pun pergi kecing dulu  before aku mengaku aku suka dia(bole lama pulak air pancut ni). Tengah onDawey datang table aku dapat text " Wey aku tunggu kau dekat kereta. Bil aku dah bayo, tak selesa duduk dalam tu lame-lame ".

Tengah dekat luar kereta tu aku pun luahkan beb. Sumpah rasa nak kencing lagi dekat situ. " Wey, aku rasa aku cam suka kau la. " pengkid tu macam biasa dengan ketawa menyembur cakap " kau ni demam ke sawan hahahahahahah!! ". Tapi aku tahu dalam pengkid dia masih ada keperempuanan. Aku tahu dia sayang aku. *Aku pun anto dia balik*

Lepas anto dia, aku pun balik la rumah aku. Sampai rumah aku mandi pe semua tetibe aku dapat text " Eh, kau serious ke pasal tadi ? :') ". Oke yang part ni la kami mula bercinta aaaacehceh. Tak lama kendian dia berubah perlahan-lahan jadi perempuan balik (nasib baik dia tak pergi siam pasang anu). And soon kitaorang akan khawin dan yang konon konon dulu girlfriend si pengkid tu masih tak berubah still couple dengan kaum sejenis.

Typing..
:Am:

Monday, April 7, 2014

Anjing Celaka

Malam yang indah lagikan Stim! Aku menggapai kunci rumah lalu menjolok batang kunci ke lobang mangga. Perlahan-lahan aku menarik selak pagar kerana tidak mahu bunyi bising kedengaran. Aku mulakan langkah untuk ke taman dengan niat untuk pekena Rokok sebatang bak kata orang " Lek Lu Sap Kok Lu " . Langkah demi langkah mata aku terus memerhatikan port baik untuk berasap. " eh, cantiklah ni nak berasap ". Tangan aku mula meraba-raba dalam lobang kocek mencari kotak rokok. Sebatang rokok aku keluarkan, lighter dinyalakan dan mulut aku mula memelat batang rokok itu lalu terkeluar asap asmara dari mulut. Itulah rumus bagi smoker-smoker tegar.

Sedut demi sedut kenikmatan mula terasa. Tangan aku seperti ingin mengeluarkan sebatang lagi rokok tapi hati menolak. Tangan kata amik hati kata jangan. Hati dan tangan mula bergaduh pasal sebatang rokok. Tangan ajak berdebat dengan hati tapi hati berlagak kerana katanya dia pasti menang sebab " Orang pasti akan ikut kata hati ". Tapi sekarang ni Otak lah penentu segalanya. Akhirnya dalam pedebatan hati dan tangan, tangan menang sebab aku memang nk melayan lagi sebatang rokok. Aku guna rumus yang sama untuk menyalakan sebatang rokok. Sedut je asap keluar, asap keluar je aku sedut. Perkara tu aku ulang dan ulang sampai sebatang rokok itu habis.

Dah settle berasap aku ingat nak layan angin malam. Aku pun tengok langit, aku cari bulan tapi tak ada. Aku cari la bintang pulak pun tak ada. Dah penat aku selak selak awan cari bintang tapi tak ada. Tiba-tiba aku terasa kaki aku seperti kebasahan. Tapi bukan calang-calang basah, Basah dan hangat. Aku toleh atas, bawah, kiri dan kanan. Rupa-rupanya hadirmu cuma bersandiwara. Ceh!, takdelah ada anjing buang air tapi tempias nya dekat kaki aku. Dah la tak comel! Hitam! Samak! Samak! Samak!

( Sejak dari cerita ni, Hati dan Tangan tidak lagi bersahabat ) wakakakakaka.
Moral story apa ?! Jangan kecing sepah sepah cilaka.