Saturday, November 30, 2013

Jangan dia ingat aku punya sudah.

Pada suatu hari yang ehem-ehem , aku berjalan jalan menggunakan kaki kiri dan kanan . Yelah , kalau guna kanan je macam mana nak jalan. Aku berjalan dekat pasar raya konon-konon nak usha baju , seluar dan awek yang jaga kedai. Sedap usha-usha perut meragam kelaparan . Mata aku mencari kedai Otak aku pula memikirkan makanan apa yang nak dimakan. 

'' Hah , Kedai ni lah '' Selup poket kiri , selup poket kanan . Keluar dompet ada rm50 . " Ish , mana cukup nak makan kat sini , nak beli baju lagi " Hati lebur dan hampa , aku pun makan jela crep crep yang bangla selalu buat tu. Habis alas perut , Sambung usha baju , seluar dan awek kedai tu. 

Perut sedap , hati tenang dan mata mengilau tapi kesenangan tu aku rasa sekejap je sebab tiba-tiba perut aku berbunyi " KrukKruurukkrukruurkrurk " Ni tandanya nak berry . Sibuk pulak lari cari toilet . Tengok kiri tengok kanan " eh eh lawa awek tu " Tapi nak berry  punya pasal aku tolak tepi awek tu sebab nanti bole usha balik, tak tahan dah ni. Jumpa toilet , Usha tandas kosong " Yes ada (-. -'') " tapi macam sibei sebab ada orang berak tak flush.

Aku pun dengan rela hati tolong flushkan , Tapi rupanya flush tu rosak. " Patut lah yang berak ni tak flush , rosak rupanya " Aku pun tak tahan sangat , so aku cari lah toilet lain. Keluar pintu toilet ada sorang mamat tengah tunggu turn nak masuk toilet jugak. Tapi sebab aku keluar dulu so dia masuk toilet yg aku masuk tadi.

Tiba tiba otak aku terfikir " Jangan dia ingat tu tahi aku sudah! "

Sunday, November 24, 2013

Tahi Mangga

Cikgu di hadapan sedang seronok mebebel dan aku masih di alam fantasi .Aku masih menunggu timing yang cun untuk ke toilet .Tapi cikgu yang di depan ni berborak tiada hentinya . Aku menoleh ke arah wajah rakan rakan sekelas aku ternyata ada yang tidur , ada yang melukis , ada yang tongkat dagu dan ada yang  tekun mendengar (ini pelik) .

Aku lihat ada yang sedang mencari ruang ke tandas juga jadi aku tak bole biarkan dia yang pergi dulu .Tepat saja cikgu tu berhenti membebel aku terus menolak kerusi dan meminta izin keluar .Permintaan ku dikabulkan , alangkah bahagia nya dapat melangkah keluar dari kelas yang penuh kebosanan itu.

Sedang Menapak ke tandas rasa nak terkucil ni dah betul-betul hujung .Kalau ada orang ajak borak ni konpem terkeluar cecair ni. Lari demi lari sampai juga ke pintu tandas .Tolak je pintu tu aku tengok ada tahi sebesar Mangga atas mangkuk jamban tu .Tersedut balik der cecair gua ,Baru nak syahdu buang air.

Dalam hati aku " Apelah bagang budak ni pegi bia tahi dia ni kat sini. " Aku memang tak tahan so aku belah dari situ dan biarkan tahi tu supaya yang lain datang boleh tengok artifak tu. 

Aku balik ke kelas dan member aku lagi sorang tu pun minta izin ke tandas .Tak lama lepastu dia balik ke kelas dan singgah ke meja aku " Kau ada tinggalkan tahi ke tadi ? " Muka gua control gelak " Eh , tu bukan tahi aku , tak layak aku nk keluar kan tahi sebesar tu. 

Lebih kurang dalam beberapa hari .

Aku menuju ke toilet yang sama dan membuka pintu yang sama dan paling PENTING!! Tahi yang sama . Aku tak tahu ini kes pakcik cleaner tu tak tahan nak flush atau dia owner tahi yang haritu tinggalkan lagi tahi dia macamtu.

*TolongFlush*

Traffic Light

Jam 3.00am waktu orang sedang nyenyak tidur .Aku pula sibuk dengan bermain game Ps3 .Bila asyik menang je main game aku rasa bosan .Jadi aku nak hiburkan diriku aku , aku start enjin WaveBlack aku dan Prenggg!!~ 

On Mai Way to Seben E-11 (7eleven) aku memikirkan apa yang hendak dibeli untuk mengunyah-nguyah di rumah nanti , bukan apa aku tak suka lama-lama kat 7e tu , Nanti dia ingt aku nak curi jajan dia.

Seronok pulas minyak tiba tiba trafik light merah pulak .Walaupun malam undang-undang jalan raya kena ikut , Kang aku langgar lampu merah tu tiba-tiba terkeluar lori laju dari alam lain (macam cerita Thor) langgar aku habis.

So aku tunggu lah green light menyala sambil-sambil tu aku usha side mirror setup rambut sikit , mana tahu yang jaga 7e tu awek cun , bole usha .Dah puas aku betulkan rambut aku tengok trafik tu , " eh tanak hijau kau ye , ke aku yang terlepas lampu hijau tadi. " Aku tenung trafik tu , trafik tu tenung aku balik . 

Jalan yang legang dan tiada kereta membuat kan pokok dan trafik tu seolah-olah bercakap dengan aku .Yang pokok ni kata jalan jelah apa kau nk tunggu dan yang trafik ni suruh aku tunggu lampu ijo .

Tak lama lepas aku tengok pokok dan trafik tu bertekak pasal aku lampu pun hijau , Tapi apa malang yang menimpa aku tiba-tiba WaveBlack tu bole mati time aku nak jalan . Start demi start hidup juga WaveBlack aku ni . Mendongak kepala aku ke lampu trafik " Whataaa"F" , kau merah balik ." 
Jadi dengan gahnya aku langgar je lampu merah tu dan bila aku toleh kebelakang balik lampu tu tukar green light.

Adakah skuriti yang jaga lampu tu main2kan aku atau aku yang di alam maya.

Lawak Ke Seram ?

Ring Ring!!~ Loceng berbunyi menunjukan waktu persekolahan tamat .Semua berasak-asak lari nak balik rumah , Dah macam kambing keluar kandang aku tengok .Yang balik tu balik lah tapi ada yang stay di sekolah untuk main bola , plan ngan member pergi cyber kafe dan ada yang study .Aku ni konon-kononya tergolong dalam group study ni .

Duduk dalam satu gerup dekat kantin semua bukak buku dan belajar. Buat satu soalan lepastu lepak setengah jam , Itu memang study smart orang kata.
Aku tanya kan dengan kawan aku ni di mana omar? Jawabnya omar di toilet .

Aku pun usha lah toilet dengan niat nak kacau si mala'un ni .Sampai dekat toilet memang ada satu pintu je yg tertutup .Dalam hati aku " sah ini Omar " . Aku menjerit " Oi .. omar , kau berak batu ke berak cair " dengan selamba dijawabnya " Aku berak batu , tersangkut2 tahi ni . " 

Aku pun berambus dari situ sebab kebusukan tahi dan kentut dia , Lepas 15 minit berlalu omar dan izam datang ke meja kantin yang aku study. Aku tanya omar '' Keluar tak tahi batu kau ? " Omar buat muka blur , " Bilanya aku berak ? " aku buat muka seposen , " kan tadi kau cakap kau berak batu " Tapi yang peliknya omar kata dia kencing di toilet surau . Aku usha tadi toilet tengah (toilet lain lahtu) , Jadi siapa yang jawab sahutan aku tadi ? adakah dia omar juga ? Mungkin + thinking.